Friday, October 12, 2012

KERAHSIAAN SIMBOL YAHUDI (ANTICHRIST)


Simbol ini digunapakai sebagai lambing atau tanda protes dan penentangan secara total terhadap ajaran Kristian. Perkataan Antichrist ini dalam perlambangan masyarakat Kritian adalah Dajjal.

Menurut pandangan beberapa masyarakat Kristian, mereka mempercayai bahawa Antichrist merujuk kepada seorang lelaki yang berketurunan Yahudi akan muncul bagi tujuan untuk memusnahkan bangsa-bangsa lain di seluruh dunia.

Menurut kepercayaan Umat Islam, seorang yang akan dilahirkan untuk memusnahkan keamanan dunia dengan mempengaruhi masyarakat dunia untuk bernaung dibawahnya adalah diberikan gelaran dan nama sebagai Dajjal.

Bagi masyarakat Yahudi, penyelamat yang di tunggu-tunggu oleh mereka adalah diberikan gelaran sebagai Messiah dalam bahasa Hebrew. Messiah dalam bahasa arab bermaksud Al-masih.

Daripada penceritaan di atas, menurut kepada kepercayaan Umat Kristian dan Umat Islam, Messiah adalah Dajjal yang dipercayai oleh Umat Islam dan Antichrist yang dipercayai oleh Umat Kristian yang sering disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam hasith-hadith sahihnya.

No comments:

Post a Comment