Thursday, October 11, 2012

SENI SILAT KALIMAH (YAHYA SAID)



Dalam ilmu Persilatan Seni Silat Kalimah (Yahya Said), ianya terbahagi kepada tiga (3) peringkat kesemuanya. Ketiga-tiga peringkat ini mempunyai peranannya yang tersendiri dalam erti kata yang lain ketiga-tiga peringkat ini perlu disatukan bagi menghasilkan permainan yang terbaik (selamat).

Peringkat 1 merupakan asas kepada permainan dalam peringkat 2 dan seterusnya. Tanpa mempunyai asas yang kukuh dalam peringkat 1, bagaimana seseorang pesilat itu dapat menguasai peringkat 2 dan seterusnya. Peringkat 1 mempunyai 27 buah pukulan yang sekali lagi diperjelaskan merupakan asas dalam melatih pergerakan yang betul dan selamat.

Peringkat 2 adalah merupakan permainan dalam Persilatan Seni Silat Kalimah (Yahya Said). Dalam Peringkat ini, ia menunjukkan bahawa asas dari peringkat 1 sangat penting dalam mengatur gerak supaya pemikiran dan pergerakan pesilat tidak bercelaru. Peringkat ini hanya mempunyai enam (6) cara. Peringkat ini, melalui enam (6) cara tadi dengan asas yang baik dalam peringkat 1 akan menghasilkan permainan yang baik.
Peringkat 3 hanya mempunyai satu (1) buah yang dipanggil buah serang. Secara ironinya memang ianya bila dikira dengan tangan akan memang menghasilkan kiraan satu (1). Tetapi dalam permainan Persilatan Seni Silat Kalimah (Yahya Said), satu (1) itu akan menjadi kiraan yang banyak dengan kekuatan asas diperingkat satu (1) dan cara diperingkat dua (2).

Dengan gabungan ketiga-tiga peringkat berkenaan, ia akan menjadi beratus-ratus pergerakan bergantung kepada kemahiran dan kepantasan dalam menafsir permainan yang dimiliki Pesilat Seni Silat Kalimah (Yahya Said).

Apabila dalam situasi permainan sebenar, Pesilat Seni Silat Kalimah (Yahya Said) tidak akan mendahulukan buah diperingkat 1. Tetapi akan memulakan permainan dari peringkat 2 atau peringkat 3. Dalam erti kata yang lain (3-2-1) atau (2-3-1).

Setiap perguruan akan mempunyai rahsia yang tersendiri, begitu juga Seni Silat Kalimah (Yahya Said). Ia mempunyai rahsia yang tersendiri. Ia memerlukan masa dan penelitian yang banyak dalam mengkaji pergerakan dalam Seni Silat Kalimah (Yahya Said).

Empat Tepisan



1. Doa
2. Kiam
3. Rukuk
4. Takbir



Peringkat ini mempunyai 27 buah pukulan yang mana menjadi asas pergerakan dan salah satu latihan yang praktikal dalam melatih pesilat bagi penggunaan tangan dan kaki dengan berposisikan kaedah yang betul.

Kenapa 27 buah?, kerana bagi memperingati jumlah peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad S.A.W.


27 Buah Pukulan


1. Takbir Kanan
2. Takbir Kiri
3. Kiam Kanan
4. Kiam Kiri
5. Kiam Kanan Gantung
6. Kiam Kiri Gantung
7. Kiam Gari Kanan
8. Kiam Gari Kiri
9. Rukuk Luar Kanan
10. Rukuk Luar Kiri
11. Rukuk Dalam Kanan
12. Rukuk Dalam Kiri
13. Alif Patah Atas
14. Alif Patah Sudah
15. Doa Pertama
16. Doa Luncur
17. Doa Kanan Gantung
18. Doa Kiri Gantung
19. Doa Hentak
20. Doa Pasung
21. Doa Selendang
22. Doa Rasa
23. Doa Kanan
24. Doa Kiri

25.

26. Doa Paras kiri

27. Doa Tahiyat

video


3 comments: