Tuesday, June 3, 2014

perkauman siapa lagi kuat

1. BANGI, UKM – Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga bagi mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki kaum cina dan syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina di negara ini.

2. Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen kajian selama tiga tahun yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon berdasarkan kualiti kelayakan atau berdasarkan bangsa.

3. Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

4. Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat cina dan syarikat Antarabangsa dimana jawatan tinggi dipegang oleh kaum cina. Kajian tersebut di lakukan dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru tamat universiti kepada mana mana syarikat cina yang mengiklankan kerja kosong.

5. Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 42.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 1.2% pemohon Melayu yang dipanggil walaupun kelayakan yang serupa telah dihantar.

6. Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui adakah syarikat kaum cina memilih berdasarkan bangsa pemohon.

7. Beliau bagaimana pun mengingatkan mana mana individu yang tidak berpuas hati hasil kajian ini boleh mengemukakan saman kepadanya kerana kajian ini telah di buat secara terperinci, melalui methodologi dan kaedah kaedah yang ada didalam pengajian PHD. Kajian ini mengambil masa yang sangat panjang kerana ianya di ulang berkali kali hanya semata mata tidak percaya bahawa hasil keputusan menunjukkan syarikat kaum cina mengamalkan diskriminasi terhadap graduan Melayu. Kajian ini secara asalnya memfokuskan untuk mengetahui mengapa graduan Melayu susah mendapat perkerjaan berbanding graduan cina.

8. Beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 44% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 1.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

9. Kajian mereka juga mendapati hanya syarikat yang dimiliki Melayu tidak mengamalkan diskriminasi dan boleh menerima mana mana calon baik Melayu atau Cina, di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 4.8 % dan 5.8% untuk graduan Melayu.

10. Bagi syarikat Antarabangsa yang di pegang jawatan tinggi oleh kaum cina menunjukkan 42.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

11. Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan syarikat cina lebih menerima calon dari Universiti Swasta berbanding dengan Universiti Awam.

12. Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

13. Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi terhadap graduan Melayu kerana syarikat cina dan calon cina yang terlibat tidak mahu memberikan jawapan selain "kami tidak diskriminasi, kami amalkan hak kesamarataan". Kajian ini bagaimanapun tidak diteruskan, kerana takut implikasi bangsa Melayu yang tahu akan hakikat kaum cina yang jelas mendiskriminasikan akan membuatkan bangsa Melayu marah akan sikap kaum cina.

14. Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Friday, May 23, 2014

SATUKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Secara mudah, tanpa ada perberhentian pada sesuatu fasa, saya ingin membawa saudara saudari semua ke suatu kisah amat unik dan sememangnya ianya hanya berlaku di Malaysia sahaja dan tidak berlaku di mana-mana negara yang berada dalam dunia ini.

Di Malaysia sememangnya kita direncanakan bahawa Malaysia mempunyai satu kepelbagaian konsep dalam memberikan dan penyampaikan pendidikan secara menyeluruh dalam konteks yang secara jelasnya berbeza dari pada satu konsep kepada satu konsep yang lain.

Secara mudah, kita mengiakan yang kita mempunyai satu sistem pendidikan tetapi hakikatnya kita mempunyai lebih daripada satu sistem pendidikan. Secara ironinya ia memang berlaku dan sedang berlaku semenjak lebih 50 tahun yang lalu.

Mari kita lihat Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang dipersetujui oleh tiga kaum majoriti ketika pasca kemerdekaan (setahun sebelum kemerdekaan)

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Daripada Perkara 152 Perlembagaan Malaysia ini memperlihatkan bahawasanya Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia menjadi satu medium rasmi kepada sistem kebangsaan di Malaysia. Akan tetapi pada hakikatnya, perlembagaan hanya tinggal perlembagaan, dan tidak semua menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium yang terpenting di peringkat persekolahan.

Menurut  Mohd Ridhuan Tee Abdullah, kesan daripada perkara ini, ia memperlihatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina adalah rendah. Persoalannya adalah, adakah Perkara 153, Perlembagaan Malaysia di patuhi dari segenap lapisan masyarakat?

Dengan berlakunya perkara sedemikian, Kementerian Pendidikan seharusnya bertanggungjawab terhadap kejadian sebegini, ianya memperlihatkan bahawa Kementerian Pendidikan tidak mematuhi Perlembagaan Malaysia Perkara 152.

Ianya ibarat satu keadaan kekeluargaan, kalau si bapa tidak bertegas dengan keputusannya, masakan anak-anak akan ikut apa yang disuarakan oleh si bapa. 

Pihak Kerajaan Malaysia bukan main menyanjung tinggi sistem Perlembagaan Malaysia yang mereka sendiri terlibat dalam pembentukan Malaysia suatu ketika dahulu, akan tetapi Kerajaan Malaysia sendiri yang mengkhianati apa yang mereka perjuangkan. Kembali kepada sistem kekeluargaan, Kerajaan Malaysia diibaratkan seperti "bapa takut kepada anak".



Tuesday, September 17, 2013

Orang Malaysia & Penyakit Makan

Kita di Malaysia begitu bertuah kerana diberikan kelimpahan rahmat daripada Yang Maha Esa dari konteks yang pelbagai. Daripada kestabilan sosioekonomi, politik, kehidupan bermasyarakat dan sebagainya.

Saya ingin membawa para pembaca untuk mendalami akan isu yang melibatkan “Penyakit Makan”. Kita di Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menyaksikan perbezaan makanan berdasarkan kepada perbezaan kaum di Malaysia. Melayu dengan Nasi Lemaknya, Cina dengan soupnya, India dengan roti canainya, dan sebagainya.

Tahukah anda, dan ianya sudah pun sedia maklum dikalangan kita bahawa, peratusan yang tinggi kepada masalah kesihatan dikalangan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada kaedah permakanan yang tidak sihat.

Habit dikalangan rakyat Malaysia adalah, kita tahu makanan ini tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan jika di ambil secara tidak teratur atau berlebihan. Akan tetapi, kita seringkali akan berkata dalam hari, “takpe sekali je, lepas ni diet la”. Inilah percaturan dalam diri dikalangan masyarat kita di Malaysia, bukan semua, tapi segelintir sahaja.

Ianya diibaratkan, kita tahu laluan ini ada buaya, tapi kita ambil risiko untuk melaluinya dan akan berkata dalam hati, “tak pe, hospital dekat, ada cover insurance lagi”.

Kenapa kita perlu memilih laluan kedua selepas laluan pertama yang mana laluan pertama sudah memudaratkan diri kita? Sebab kita suka mengambil kaedah sambil lewa.

Saya merupakan seorang yang amat mementingkan diet pemakanan yang baik, apabila saya pergi makan di kedai makan di sekitar tempat yang saya lewati, saya akan melihat gelagat rakyat Malaysia yang sedang menjamu juadah. Ada yang makan macam seolah-olah esok mereka tak akan makan lagi. Apabila yang melihat mereka, saya akan melihat dari perspektif corak kerja badan mereka, bila melihat makanan yang mereka ambil, saya membayangkan bagaimana organ tubuh mereka bekerja dalam menjayakan misi empunya badan untuk menghabiskan makanan. Kadang-kadang saya rasa kasihan dengan organ badan mereka.


Nasihat saya kepada rakyat Malaysia, jangan tunggu dah sakit baru nak menyesal, sebelum sakit inilah kita kena beringat.

Kematian Chen Peng

Kematiannya memberikan seribu satu pengertian, dan tarikh kematiannya akan menjadi titik tolak kepada isu yang akan dibangkitkan oleh mereka yang pro kepada ideologi fahaman Komunis yang mengangkat Chin Peng sebagai tokoh kepada perjuangan mereka.

Tarikh kematiannya yang jatuh pada 16 September 2013 yang mana tarikhnya sama dengan tarikh sambutan hari Malaysia 16 September 1963 cuma yang menjadi perbezaannya adalah pada tahunnya. Yang mana ianya akan menjadi sebagai penanda aras bagi mereka yang pro kepada fahaman komunis untuk mereka mudah memperingati kematian Chen Peng.

Maka bermula tahun depan, acapkali perayaan Hari Malaysia di sambut, maka akan ada juga sambutan hari kematian Chen Peng yang jatuh pada tarikh yang sama, dan ia pasti akan dimasukkan dalam kalender mereka setiap tahun.

Pihak Kerajaan Malaysia perlu mencari mekanisma dalam memastikan pengaruh Chin Peng yang berasaskan kepada Ideologi Komunis dapat di benteras secara berhemah, ibarat, “menarik rambut dalam tepung”, rambut berjaya dikeluarkan, tepung tidak berselerak.

Pihak Kerajaan Malaysia juga, perlu menggunakan pendekatan yang BARU, pendekatan sedia ada saya lihat sudah tidak praktikal di zaman ini. Antara pendekatan lama adalah seperti menyampaikan maklumat tentang buruknya Komunis di zaman dahulu melalui Media Massa, Elektronik dan Media Cetak. Ini merupakan cara lama yang perlu dilakukan pembaharuan.


Antara pembaharuan yang dicadangkan oleh pihak saya adalah dengan menggunakan system pertahanan “Blocking System”. Sistem ini didapati kalau kita lihat ianya amat efektif dalam semua perkara, sebagai contoh, apabila kita di serang, kita pakai blocking system, contoh lain, apabila kita dihujani dengan pelbagai soalan, kita akan menggunakan 1 jawapan yang berfungsi sebagai blocking system.

Pasca PRU13 & Qada’ Qadar

Di sini saya ingin membawa pembaca semua kepada situasi semasa bagi Pasca PRU13 yang lalu. Situasi dari segi mentaliti masyarakat berkaitan keterbukaan bagi menerima keputusan yang dikeluarkan masih di takuk yang lama.

Di mana, ianya diibaratkan, “rumah telah siap di bina tapi bunyi pahat masih lagi kedengaran”. PRU13 sudah selesai, pilihan majoriti rakyat berdasarkan kepada pecahan DUN dan Parlimen telah memperlihatkan kemenangan kepada pihak yang diberikan kemenangan dan pilihan oleh Allah S.W.T.

Kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar Allah adalah merupakan asas kepada kepercayaan Rukun Iman. Kalau kita sebagai orang Islam mendalami akan maksudnya, maka ianya mudah untuk di terima, berbanding orang yang memahami, mudah berkata-kata, tetapi buat-buat tidak memahami akan kerana kemaruk yang mendalam bagi mencapai apa yang mereka hajatkan.

Setiap apa yang berlaku sudah menjadi ketentuan yang di rancang oleh sebaik-baik Perancang yakni Allah S.W.T. Jadi kita sebagai manusia biasa, perlu menerima keputusan seadanya, dan hanya boleh mempertikaikan berkaitan punca-punca kepada sesuatu masalah ini berlaku sebagai tauladan dan pengajaran.

Mengapa Allah S.W.T. tidak memenangkan pihak yang secara terangan menyatakan mereka menyokong akan hukum Allah, ini semua adalah perancanganNya. Mungkin kelompok ini masih belum bersedia dalam menerajui apa yang dikehendakkan oleh Islam yang sebenarnya sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah Negara.

Perkara ini dapat dikaitkan dengan fahaman Komunis, yang mana salah satu daripada prinsip kelompok ini adalah tidak mempercayai akan kewujudan tuhan (Allah S.W.T).

Bolehkah kita kaitankan mereka yang tidak menerima ketentuan Allah S.W.T. sebagai sebahagian daripada kelompok yang telah di serap dalam diri mereka berkaitan ideologi Komunis?

Mungkin tanpa disedari, pemikiran orang seperti ini telah dipengaruhi dengan fahaman atau ideologi komunis yang secara tersembunyi telah menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat kita.


TERIMALAH HAKIKAT YANG TELAH MENJADI KETENTUAN ALLAH S.W.T.

Tuesday, March 26, 2013

"CERITA KITA"

 
Video "CERITA KITA"
 
aku buat untuk dikongsikan bersama

Saturday, February 16, 2013

Utusan Vs. Harakah (UMNO Haram & PAS Syurga)

Menurut Utusan Malaysia,

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, menegaskan, "MEMANG BENAR, TEPAT, BERI UNDI KEPADA PAS ADALAH HARAM". Penegasan yang demikian adalah kerana, tindak-tanduk DAP yang semakin berani menyentuh isu-isu dan sensitivity Umat Islam di Malaysia terutamanya membabitkan isu Akidah.
 
Yang amat jelas ketika ini, adalah isu berkaitan Kalimah Allah yang cuba dibangkitkan oleh YB Lim Guan Eng, yang antara lain, menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Versi Bahasa Melayu di semenanjung, walaupun pada masa yang sama, menurut Majlis Syura Ulama PAS tidak bersetuju dan menyokong akan perkara yang berkenaan.
 
Walaupun, pendirian Karpal Singh, dalam pada masa yang sama menegaskan agar Majlis Syura Ulama PAS untuk menghormati keputusan bersama yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang.
 
Menurut Harakah Daily,
 
Ketika Hj Hadi menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, di Himpunan Rakyat PAS Ganti UMNO semalam, beliau menegaskan, selagi ketiga-tiga parti, PAS, DAP dan PKR mampu bekerjasama dalam mempertahankan ISLAM, PAS akan meneruskan permuafakatan berkenaan.
 
Dalam pada itu, beliau memberikan jaminan bahawa, kerjasama PAS dengan DAP, dan PKR selagi mana dapat mempertahankan ISLAM, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan ISLAM, maka PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat.
 
Tambahan dari Hj Hadi juga, "Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan", ujarnya.

Pendapat Peribadi Penulis,

Sepanjang pemerintahan Parti UMNO sebagai tulang belakang kepada Parti Barisan Nasional, sebanyak, 4822 buah masjid telah di bina di seluruh Malaysia dan sedikit sebanyak ianya melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

http://076115masjid.blogspot.com/2009/04/masjid-telekom-malaysia-jalan-lumba.html

Jadi ianya tidak bertepatan dengan dakwaan daripada Hj Hadi, yang menyatakan "Yang Halal Diharamkan".

Janganlah kita menilai hanya satu kesilapan dan kegagalan maka semuanya akan jadi teruk dan buruk.

Tuesday, February 12, 2013

Gambar di Pekan Teluk Anson (Teluk Intan)

Ketika ini, penulis sedang mencari barangan yang ingin di cari di sekitar Teluk Intan. Lalu ketika itu sudah ada persiapan pasar malam yang rancang berlangsung. Kelihatan ramai peniaga-peniaga yang berpusu-pusu sedang membuat persiapan mereka sebelum pesta pasar malam bermula secara rasmi.
 
Ketika ini penulis berada sekitar pukul 3 petang.
 
 
 Manara Condong Teluk Intan
 Seorang Peniaga yang gigih merencana persiapan.
 Kelihatan pembeli-pembili yang sudah mengerumuni gerai-gerai jualan.
 wow!, banyaknya permainan kanak-kanak.
 
 Padang yang ada di Teluk Intan
 Harmoni je kan, tunggu la malam nanti....
 Antara bangunan lama yang masih tersergam indah.
 Bangunan SKOMK Perak Berhad
 
 Cantikkan pemandangan di kawasan Seberang Perak.
 Station Bus Teluk Intan

Sunday, December 30, 2012

HJ HADI MASIH PERCAYA SALURAN TV3 DAN RTM MASIH BERPENGARUH

Ketika ini, kita diperlihatkan dengan beberapa isu panas yang antara lainnya Adolf Cruz ingin memfokuskan kepada amanat yang dikeluarkan Haji Hadi Awang pada 1981 di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), menyokong penuh pendirian Hj Hadi untuk diberikan ruang kepada beliau untuk memberikan penjelasan berkaitan isu Amanat Hj Hadi yang selama ini dimainkan oleh media yang dikatakan berpaksikan kepada Barisan Nasional BN. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.
 
Bagi menyingkap kembali antara petikan amanat beliau dapat diketahui dan dirumuskan seperti di bawah:-
 
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
 
Setelah beberapa tekanan diberikan kepada Hj Hadi, maka akhirnya tanggal 29 Disember 2012 beliau telah tampil untuk memberikan reaksinya berkaitan isu amanat yang dikeluakan olehnya. Antara lain perkara yang dikemukan oleh beliau adalah, beliau sendiri akan menjelaskan berkaitan amanat beliau sekiranya pihak kerajaan memberikan ruang kepada beliau untuk melakukan siaran menerusi RTM dan TV3 selama sejam.
 
Dalam pada masa yang sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berkaitan permintaan yang dikemukan oleh Hj Hadi. Pihak kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional tiada halangan dan sedia memberi ruang kepada Hj Hadi untuk memberikan penjelasan berkaitan amanat beliau menerusi RTM dan TV3. Namun begitu, ianya bergantung kepada Pengurusan RTM dan TV3 bagi merealisasikan permintaan Hj Hadi.
 
Di sini, Adolf Cruz ingin mengutarakan bahawa saluran RTM dan TV3 adalah merupakan medium yang terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat Malaysia walaupun selama ini saluran ini di kecam oleh mereka yang tidak sekufu dengan penyampaian yang disalurkan menerusi RTM dan TV3.
 
IANYA TERBUKTI!!! oleh pemimpin seperti Hj Hadi.
 
Sekian Terima Kasih....
 
 

Saturday, November 24, 2012

PERCATURAN STRATEGIK BANGSA YAHUDI


Akibat daripada kesengsaraan Bangsa Yahudi di sekitar Eropah, maka ramai masyarakat Yahudi membentuk pertubuhan-pertubuhan yang mana diharapkan ianya mampu untuk menjadi pembela mereka. Namun, daripada pertubuhan-pertubuhan yang diwujudkan, terdapat satu pertubuhan yang mendapat sokongan kuat daripada majority Bangsa Yahudi dan pengharapan mereka kepada pertubuhan ini sebagai “paying” kepada kebanyakan pertubuhan Yahudi di Eropah, ia di panggil Pertubuhan Zionis Sedunia atau World Zionist Organization.

 

Titik permulaan bagi pertubuhan ini adalah dengan wujudnya sebuah negara untuk Bangsa Yahudi dengan mengadakan beberapa siri pertemuan yang mewakilkan Bangsa Yahudi daripada seluruh dunia. Pengakhiran kepada episod penubuhan ini adalah dengan perpindahan Bangsa Yahudi daripada Eropah ke Palestin telah dimulakan dengan bantuan daripada kerajaan Eropah dan sumbangan bersama antara Bangsa Yahudi dari seluruh dunia.

 

Bagi memantapkan lagi kependudukan Bangsa Yahudi di Negara haram Israel, mereka dengan lantang melancarkan proses pembersihan etnik melalui pelbagai cara  seperti merobohkan kediaman penduduk asal Palestin dan melakukan penempatan baru untuk Bangsa Yahudi mendiaminya. Antara lainnya, mereka mengeluarkan dasar yang memberikan kerakyatan warganegara Israel secara automatik dan kehadiran mereka sangat dialu-alukan.

 

Zionis ternyata bukan sahaja pertubuhan yang berjaya menyatukan Bangsa Yahudi, tetapi  pertubuhan ini sangat berpengaruh dan ianya dapat di lihat melalui penglibatan mereka di sebalik tabir dalam sesuatu isu-isu yang mana ianya akan menarik minat mereka untuk menceburinya. Perancangan mereka sangat terancang dan strategik manakala ianya sangat membantu dalam usaha mereka untuk mendapatkan sokongan dunia dalam memastikan tindak-tanduk mereka halal di mata mereka.

 

Melalui beberapa keadaan tertentu, Bangsa Yahudi ternyata sekali ingin menakluki dunia dengan menggunakan kaedah-kaedah yang pelbagai demi memastikan agenda mereka tercapai. Antaranya dengan pengwujudan beberapa sImbol-simbol yang menjurus kepada perkembangan dan penguasaan Bangsa Yahudi di seluruh dunia. Antara symbol-simbol yang diutarakan adalah seperti yang dibincangi pada ruangan seterusnya. Selain daripada itu juga, dengan adanya protokol-protokol yang mencakupi kepada perkara-perkara asas seperti di bawah telah diwujudkan melalui satu dokumen penting Bangsa Yahudi dalam tindakkan mereka untuk menguasai dunia.

 

1.      Doktrin Asas

2.      Perang Ekonomi

3.      Cara Penjajahan

4.      Material Menggantikan Agama

5.      Penguasaan Mutlak dan Kemodenan

6.      Teknik Pengambilalihan

7.      Perang Seluruh Dunia

8.      Kerajaan Sementara

9.      Pendidikan Semula

10.  Persediaan Untuk Berkuasa

11.  Pemerintahan Kuku Besi

12.  Kawalan Media

13.  Gangguan Minda

14.  Serangan Ke Atas Agama

15.  Penindasan Tanpa Belas Kasihan

16.  Penyucian Minda

17.  Penyalahgunaan Kuasa

18.  Melenyapkan Penentangan

19.  Kerajaan Rakyat

20.  Program Kewangan

21.  Pinjaman dan Kredit

22.  Kuasa Emas

23.  Memupuk Kepatuhan

24.  Raja Yahudi