Sunday, December 30, 2012

HJ HADI MASIH PERCAYA SALURAN TV3 DAN RTM MASIH BERPENGARUH

Ketika ini, kita diperlihatkan dengan beberapa isu panas yang antara lainnya Adolf Cruz ingin memfokuskan kepada amanat yang dikeluarkan Haji Hadi Awang pada 1981 di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), menyokong penuh pendirian Hj Hadi untuk diberikan ruang kepada beliau untuk memberikan penjelasan berkaitan isu Amanat Hj Hadi yang selama ini dimainkan oleh media yang dikatakan berpaksikan kepada Barisan Nasional BN. Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.
 
Bagi menyingkap kembali antara petikan amanat beliau dapat diketahui dan dirumuskan seperti di bawah:-
 
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
 
Setelah beberapa tekanan diberikan kepada Hj Hadi, maka akhirnya tanggal 29 Disember 2012 beliau telah tampil untuk memberikan reaksinya berkaitan isu amanat yang dikeluakan olehnya. Antara lain perkara yang dikemukan oleh beliau adalah, beliau sendiri akan menjelaskan berkaitan amanat beliau sekiranya pihak kerajaan memberikan ruang kepada beliau untuk melakukan siaran menerusi RTM dan TV3 selama sejam.
 
Dalam pada masa yang sama, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berkaitan permintaan yang dikemukan oleh Hj Hadi. Pihak kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional tiada halangan dan sedia memberi ruang kepada Hj Hadi untuk memberikan penjelasan berkaitan amanat beliau menerusi RTM dan TV3. Namun begitu, ianya bergantung kepada Pengurusan RTM dan TV3 bagi merealisasikan permintaan Hj Hadi.
 
Di sini, Adolf Cruz ingin mengutarakan bahawa saluran RTM dan TV3 adalah merupakan medium yang terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat Malaysia walaupun selama ini saluran ini di kecam oleh mereka yang tidak sekufu dengan penyampaian yang disalurkan menerusi RTM dan TV3.
 
IANYA TERBUKTI!!! oleh pemimpin seperti Hj Hadi.
 
Sekian Terima Kasih....
 
 

No comments:

Post a Comment