Saturday, February 16, 2013

Utusan Vs. Harakah (UMNO Haram & PAS Syurga)

Menurut Utusan Malaysia,

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, menegaskan, "MEMANG BENAR, TEPAT, BERI UNDI KEPADA PAS ADALAH HARAM". Penegasan yang demikian adalah kerana, tindak-tanduk DAP yang semakin berani menyentuh isu-isu dan sensitivity Umat Islam di Malaysia terutamanya membabitkan isu Akidah.
 
Yang amat jelas ketika ini, adalah isu berkaitan Kalimah Allah yang cuba dibangkitkan oleh YB Lim Guan Eng, yang antara lain, menyokong penggunaan Kalimah Allah dalam Bible Versi Bahasa Melayu di semenanjung, walaupun pada masa yang sama, menurut Majlis Syura Ulama PAS tidak bersetuju dan menyokong akan perkara yang berkenaan.
 
Walaupun, pendirian Karpal Singh, dalam pada masa yang sama menegaskan agar Majlis Syura Ulama PAS untuk menghormati keputusan bersama yang dicapai pemimpin pakatan pembangkang.
 
Menurut Harakah Daily,
 
Ketika Hj Hadi menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, di Himpunan Rakyat PAS Ganti UMNO semalam, beliau menegaskan, selagi ketiga-tiga parti, PAS, DAP dan PKR mampu bekerjasama dalam mempertahankan ISLAM, PAS akan meneruskan permuafakatan berkenaan.
 
Dalam pada itu, beliau memberikan jaminan bahawa, kerjasama PAS dengan DAP, dan PKR selagi mana dapat mempertahankan ISLAM, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan ISLAM, maka PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat.
 
Tambahan dari Hj Hadi juga, "Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan", ujarnya.

Pendapat Peribadi Penulis,

Sepanjang pemerintahan Parti UMNO sebagai tulang belakang kepada Parti Barisan Nasional, sebanyak, 4822 buah masjid telah di bina di seluruh Malaysia dan sedikit sebanyak ianya melibatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

http://076115masjid.blogspot.com/2009/04/masjid-telekom-malaysia-jalan-lumba.html

Jadi ianya tidak bertepatan dengan dakwaan daripada Hj Hadi, yang menyatakan "Yang Halal Diharamkan".

Janganlah kita menilai hanya satu kesilapan dan kegagalan maka semuanya akan jadi teruk dan buruk.

2 comments:

  1. hahaha pendapat peribadi yang amat LAWAK...

    ReplyDelete
  2. Nak jada islam Kena jaga Rukun Dulu.. salah satu rukun percaya pada AlQuran dan Hadis.. Sebab Alquran panduan Hidup Umat Islam segalanya disitu..

    Kalau Shahadat tu batal sendiri mau ingat ...

    PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
    Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
    Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
    Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
    Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
    Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.

    ReplyDelete