Tuesday, October 16, 2012

KELAHIRAN & KEMATIAN NABI ISA A.S.

Di sini ingin dikongsikan bersama sedikit maklumat......


Nabi Isa A.S. adalah  merupakan salah seorang daripada 25 rasul yang kita orang Islam perlu dan wajib untuk diketahui.

Kelahiran Nabi Isa A.S. merupakan satu kelahiran yang sungguh unik dalam sejarah peradaban manusia yang mana tiada sebarang pencantuman antara benih seorang lelaki dan seorang perempuan tidak seperti mana kejadian manusia secara normalnya.

Sebagai rujukan, Surah Ali Imran ayat 47:-
 
 
Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ', lalu menjadilah ia."

Maka dengan kejadian berkenaan, Maryam telah di tuduh berzina dan ianya telah diceritakan dalam Al Quran, Surah Maryam ayat 27:-

 

Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!

Baginda juga turut dikurniakan dengan beberapa mukjizat dan perkara berikut telah di salah tafsir oleh pengikut-pengikut sesetengah agama dengan mempercayai bahawa baginda merupakan "anak tuhan" yang muncul sementara dalam keadaan jasad manusia.
 
Dalam fahaman mereka juga menyatakan kematian Nabi Isa A.S. adalah tindakbalas sebagai penebusan dosa manusia yang mana satu pengorbanan suci.
 
Al-Quran menyangkal sama sekali dengan kenyataan dan pegangan yang dipelopori oleh pengikut-pengikut ini dengan bersandarkan kepada Surah An-Nisa' ayat 157 & 158.
 
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
 
 
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
 
 
Semoga dengan adanya perkongsian maklumat ini, dapat membantu anda yang masih dan sedang mencari.

No comments:

Post a Comment