Friday, October 19, 2012

MORO BEBAS, MALAYSIA DI PUJI, ISRAEL SUSAH HATI

Kita memperlihatkan perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Kerajaan Filipina telah termeterai pada 15 Oktober 2012 yang lalu.
 
Untuk itu, keanggotaan MILF seramai sekitar 12000 orang yang memperjuangkan kemerdekaan kira-kira 40 tahun lalu dalam mendapatkan kuasa Autonomi kini kian menjadi kenyataan setelah kira-kira 150000 orang tempatan telah terkorban.
 
Dengan ketelusan yang dimainkan peranannya oleh kerajaan Malaysia telah memperlihatkan kesungguhan Malaysia dalam memastikan keamanan di rantau Asia Tenggara sedikit sebanyak telah menjadi doktrin kepada Israel yang cuba memperlihatkan Islam bukanlah melahirkan golongan atau kumpulan penjenayah seperti yang diwar-warkan oleh mereka.
 
Untuk apa Malaysia begitu bersungguh-sungguh dalam kerjasama ini?
 
Ini adalah kerana, bagi memastikan Malaysia berada dalam keadaan selamat, jiran-jiran Malaysia juga perlu juga dipastikan mereka berada dalam kestabilan politik, ekonomi dan sebagainya. Sedikit kekacauan di negara jiran, ia mampu memberikan implikasi yang buruk kepada Malaysia.
 
Banyak lagi keterlibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu konflik di negara-negara jiran Malaysia sebagai contoh, di Thailand (Selatan Thai) dan Myanmar (Rohingya).
 
Israel akan terus mencuba dalam memastikan rantau Asia Tenggara berada dalam keadaan tidak selamat supaya agenda mereka untuk memasuki Timur Asia bakal menjelma setelah mereka berjaya menguasai pentadbiran Amerika dan Asia Barat (Iraq, Afghanistan, Iran).

No comments:

Post a Comment