Sewaktu penulis berada di Muar, penulis telah diperlihatkan dengan sebuah pesta yang diraikan oleh masyarakat cina. Pesta ini berlokasikan di Pusat Bandar Muar.
Apa yang penulis lihat di sini seolah-olah penulis berada dalam perkampungan yang dihuni masyarakat Cina. Ini adalah kerana, begitu ramai masyarakat CIna berkumpul dalam majlis yang diraikan mereka.
Kalau di lihat pada gambar sebelah ini, menunjukkan tarian singa yang dimainkan oleh penari bagi persatuan mereka. Seperti mana yang kita tahu, masyarakat Cina mempunyai banyak cabang persatuan, tetapi mereka digabungkan melalui pesta-pesta sebegini. Mungkin bagi pandangan mereka, melalui cara sebegini mereka bersatu.
Penulis juga ada bertanya dengan masyarat Cina di sana, apakah maksud dan tujuan bagi Pesta ini?, ada di antara meraka menyatakan ini adalah upacara masuk kuil, tak kurang juga yang tidak tahu langsung akan pesta ini diadakan, pada penulis itu bukan satu masalah besar, yang pasti mereka masyarakat Cina ada usaha untuk bersatu dalam satu majlis yang besar.
No comments:
Post a Comment