Tuesday, September 17, 2013

Pasca PRU13 & Qada’ Qadar

Di sini saya ingin membawa pembaca semua kepada situasi semasa bagi Pasca PRU13 yang lalu. Situasi dari segi mentaliti masyarakat berkaitan keterbukaan bagi menerima keputusan yang dikeluarkan masih di takuk yang lama.

Di mana, ianya diibaratkan, “rumah telah siap di bina tapi bunyi pahat masih lagi kedengaran”. PRU13 sudah selesai, pilihan majoriti rakyat berdasarkan kepada pecahan DUN dan Parlimen telah memperlihatkan kemenangan kepada pihak yang diberikan kemenangan dan pilihan oleh Allah S.W.T.

Kepercayaan kepada Qada’ dan Qadar Allah adalah merupakan asas kepada kepercayaan Rukun Iman. Kalau kita sebagai orang Islam mendalami akan maksudnya, maka ianya mudah untuk di terima, berbanding orang yang memahami, mudah berkata-kata, tetapi buat-buat tidak memahami akan kerana kemaruk yang mendalam bagi mencapai apa yang mereka hajatkan.

Setiap apa yang berlaku sudah menjadi ketentuan yang di rancang oleh sebaik-baik Perancang yakni Allah S.W.T. Jadi kita sebagai manusia biasa, perlu menerima keputusan seadanya, dan hanya boleh mempertikaikan berkaitan punca-punca kepada sesuatu masalah ini berlaku sebagai tauladan dan pengajaran.

Mengapa Allah S.W.T. tidak memenangkan pihak yang secara terangan menyatakan mereka menyokong akan hukum Allah, ini semua adalah perancanganNya. Mungkin kelompok ini masih belum bersedia dalam menerajui apa yang dikehendakkan oleh Islam yang sebenarnya sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah Negara.

Perkara ini dapat dikaitkan dengan fahaman Komunis, yang mana salah satu daripada prinsip kelompok ini adalah tidak mempercayai akan kewujudan tuhan (Allah S.W.T).

Bolehkah kita kaitankan mereka yang tidak menerima ketentuan Allah S.W.T. sebagai sebahagian daripada kelompok yang telah di serap dalam diri mereka berkaitan ideologi Komunis?

Mungkin tanpa disedari, pemikiran orang seperti ini telah dipengaruhi dengan fahaman atau ideologi komunis yang secara tersembunyi telah menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat kita.


TERIMALAH HAKIKAT YANG TELAH MENJADI KETENTUAN ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment