Tuesday, September 17, 2013

Kematian Chen Peng

Kematiannya memberikan seribu satu pengertian, dan tarikh kematiannya akan menjadi titik tolak kepada isu yang akan dibangkitkan oleh mereka yang pro kepada ideologi fahaman Komunis yang mengangkat Chin Peng sebagai tokoh kepada perjuangan mereka.

Tarikh kematiannya yang jatuh pada 16 September 2013 yang mana tarikhnya sama dengan tarikh sambutan hari Malaysia 16 September 1963 cuma yang menjadi perbezaannya adalah pada tahunnya. Yang mana ianya akan menjadi sebagai penanda aras bagi mereka yang pro kepada fahaman komunis untuk mereka mudah memperingati kematian Chen Peng.

Maka bermula tahun depan, acapkali perayaan Hari Malaysia di sambut, maka akan ada juga sambutan hari kematian Chen Peng yang jatuh pada tarikh yang sama, dan ia pasti akan dimasukkan dalam kalender mereka setiap tahun.

Pihak Kerajaan Malaysia perlu mencari mekanisma dalam memastikan pengaruh Chin Peng yang berasaskan kepada Ideologi Komunis dapat di benteras secara berhemah, ibarat, “menarik rambut dalam tepung”, rambut berjaya dikeluarkan, tepung tidak berselerak.

Pihak Kerajaan Malaysia juga, perlu menggunakan pendekatan yang BARU, pendekatan sedia ada saya lihat sudah tidak praktikal di zaman ini. Antara pendekatan lama adalah seperti menyampaikan maklumat tentang buruknya Komunis di zaman dahulu melalui Media Massa, Elektronik dan Media Cetak. Ini merupakan cara lama yang perlu dilakukan pembaharuan.


Antara pembaharuan yang dicadangkan oleh pihak saya adalah dengan menggunakan system pertahanan “Blocking System”. Sistem ini didapati kalau kita lihat ianya amat efektif dalam semua perkara, sebagai contoh, apabila kita di serang, kita pakai blocking system, contoh lain, apabila kita dihujani dengan pelbagai soalan, kita akan menggunakan 1 jawapan yang berfungsi sebagai blocking system.

No comments:

Post a Comment