Friday, May 23, 2014

SATUKAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Secara mudah, tanpa ada perberhentian pada sesuatu fasa, saya ingin membawa saudara saudari semua ke suatu kisah amat unik dan sememangnya ianya hanya berlaku di Malaysia sahaja dan tidak berlaku di mana-mana negara yang berada dalam dunia ini.

Di Malaysia sememangnya kita direncanakan bahawa Malaysia mempunyai satu kepelbagaian konsep dalam memberikan dan penyampaikan pendidikan secara menyeluruh dalam konteks yang secara jelasnya berbeza dari pada satu konsep kepada satu konsep yang lain.

Secara mudah, kita mengiakan yang kita mempunyai satu sistem pendidikan tetapi hakikatnya kita mempunyai lebih daripada satu sistem pendidikan. Secara ironinya ia memang berlaku dan sedang berlaku semenjak lebih 50 tahun yang lalu.

Mari kita lihat Perkara 152, Perlembagaan Malaysia yang dipersetujui oleh tiga kaum majoriti ketika pasca kemerdekaan (setahun sebelum kemerdekaan)

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Daripada Perkara 152 Perlembagaan Malaysia ini memperlihatkan bahawasanya Bahasa Melayu @ Bahasa Malaysia menjadi satu medium rasmi kepada sistem kebangsaan di Malaysia. Akan tetapi pada hakikatnya, perlembagaan hanya tinggal perlembagaan, dan tidak semua menjadikan Bahasa Melayu sebagai medium yang terpenting di peringkat persekolahan.

Menurut  Mohd Ridhuan Tee Abdullah, kesan daripada perkara ini, ia memperlihatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina adalah rendah. Persoalannya adalah, adakah Perkara 153, Perlembagaan Malaysia di patuhi dari segenap lapisan masyarakat?

Dengan berlakunya perkara sedemikian, Kementerian Pendidikan seharusnya bertanggungjawab terhadap kejadian sebegini, ianya memperlihatkan bahawa Kementerian Pendidikan tidak mematuhi Perlembagaan Malaysia Perkara 152.

Ianya ibarat satu keadaan kekeluargaan, kalau si bapa tidak bertegas dengan keputusannya, masakan anak-anak akan ikut apa yang disuarakan oleh si bapa. 

Pihak Kerajaan Malaysia bukan main menyanjung tinggi sistem Perlembagaan Malaysia yang mereka sendiri terlibat dalam pembentukan Malaysia suatu ketika dahulu, akan tetapi Kerajaan Malaysia sendiri yang mengkhianati apa yang mereka perjuangkan. Kembali kepada sistem kekeluargaan, Kerajaan Malaysia diibaratkan seperti "bapa takut kepada anak".



No comments:

Post a Comment