Tuesday, September 17, 2013

Orang Malaysia & Penyakit Makan

Kita di Malaysia begitu bertuah kerana diberikan kelimpahan rahmat daripada Yang Maha Esa dari konteks yang pelbagai. Daripada kestabilan sosioekonomi, politik, kehidupan bermasyarakat dan sebagainya.

Saya ingin membawa para pembaca untuk mendalami akan isu yang melibatkan “Penyakit Makan”. Kita di Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menyaksikan perbezaan makanan berdasarkan kepada perbezaan kaum di Malaysia. Melayu dengan Nasi Lemaknya, Cina dengan soupnya, India dengan roti canainya, dan sebagainya.

Tahukah anda, dan ianya sudah pun sedia maklum dikalangan kita bahawa, peratusan yang tinggi kepada masalah kesihatan dikalangan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada kaedah permakanan yang tidak sihat.

Habit dikalangan rakyat Malaysia adalah, kita tahu makanan ini tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan jika di ambil secara tidak teratur atau berlebihan. Akan tetapi, kita seringkali akan berkata dalam hari, “takpe sekali je, lepas ni diet la”. Inilah percaturan dalam diri dikalangan masyarat kita di Malaysia, bukan semua, tapi segelintir sahaja.

Ianya diibaratkan, kita tahu laluan ini ada buaya, tapi kita ambil risiko untuk melaluinya dan akan berkata dalam hati, “tak pe, hospital dekat, ada cover insurance lagi”.

Kenapa kita perlu memilih laluan kedua selepas laluan pertama yang mana laluan pertama sudah memudaratkan diri kita? Sebab kita suka mengambil kaedah sambil lewa.

Saya merupakan seorang yang amat mementingkan diet pemakanan yang baik, apabila saya pergi makan di kedai makan di sekitar tempat yang saya lewati, saya akan melihat gelagat rakyat Malaysia yang sedang menjamu juadah. Ada yang makan macam seolah-olah esok mereka tak akan makan lagi. Apabila yang melihat mereka, saya akan melihat dari perspektif corak kerja badan mereka, bila melihat makanan yang mereka ambil, saya membayangkan bagaimana organ tubuh mereka bekerja dalam menjayakan misi empunya badan untuk menghabiskan makanan. Kadang-kadang saya rasa kasihan dengan organ badan mereka.


Nasihat saya kepada rakyat Malaysia, jangan tunggu dah sakit baru nak menyesal, sebelum sakit inilah kita kena beringat.

No comments:

Post a Comment