Saturday, October 20, 2012

Kenapa Adolf Cruz, kenapa tidak Mohamad Izwan


Kadang-kadang ada orang bertanya dengan aku....

Kenapa pakai nama Adolf Cruz?

Siapa Adolf Cruz?

Siapa Adolf Cruz dalam diri awak?

Ceritanya bermula begini, sekitar di penghujung tahun 2010 yang lalu, aku telah menerima pelbagai cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan itu telah membuatkan aku lumpuh hampir sebahagian daripada kehidupan aku. Cabaran dan dugaan itu juga, telah memberikan aku kepada satu dunia yang seolah-olah mungkin sudah sampai ke penghujungnya (bukan mati ok).
 
Selepas satu musibah yang melanda, belum sempat musibah tu aku dapat terima dengan sepenuhnya, datang pula musibah kedua, dan musibah demi musibah yang aku terima selepas itu. Masa tu, fikiran aku kusut, sehinggakan masa pergi kerja pun, aku dah memang kelihatan kusut dan menjejaskan prestasi aku pada ketika itu, bayangkan, tulis surat pun boleh salah. adoi....
 
Pada ketika itu, oleh kerana kekusutan yang melanda, aku banyak boros berbelanja, kalau dulunya aku suka menyimpan duit, pada ketika itu, aku amat boros berbelanja. Apa yang aku nak dari segi material, semua aku akan dapat dan usaha untuk mendapatkannya.
 
Tapi setelah beberapa ketika, aku mula sedar, tak kan aku nak teruskan hidup aku dalam kegelapan dan terkapai-kapai mencari identiti sendiri. aku tukar nama daripada nama asal kepada nama Adolf Cruz adalah sekitar bulan Oktober 2010.
 
Kenapa aku pakai nama Adolf Cruz?
 
Sebab pada ketika itu, jiwa aku perlukan kebangkitan, jiwa aku perlukan semangat baru. So aku mengadaptasikan semangat Adolf Hitler dalam nama aku dengan menggunakan perkataan Adolf sebagai permulaan nama dan dari mana pula datangnya Cruz?.....ianya datang daripada nama sahabat aku, yang menjadi peneman aku, yang menjadi tempat aku meluahkan perasaan, yang menjadi tempat untuk aku menghabiskan masa. Kawan aku adalah bernama Santa Cruz, dan ia adalah aku punya Gitar.
 
Pada ketika itu, aku menganggap Mohamad Izwan sudah mati!
 
Dan sekarang Alhamdulillah aku telah berjaya membangunkan diri aku dengan jayanya. Tapi bilakah aku akan kembali kepada nama asal aku, biar Allah sahaja yang mengaturnya, itu kerja Dia.
 
Itulah sejarah Adolf Cruz....
 
tq

3 comments:

  1. Aku pun nak try ape yang ko buat ar ad tips x?

    ReplyDelete
  2. ko nak try apa bro?
    ko pun ada kena penyakit mcm aku gak ke?

    ReplyDelete
  3. oh macam tu ceritanya. selamat mlm adolf cruz. mcm tau lah apa jd tahun 2010 :P

    ReplyDelete